Friday, May 1, 2020

Kebaikan dan Keburukan (bahagian 2)
6.    Pihak sekolah mementingkan subjek seni, muzik dan pendidikan jasmani
Kebaikan
Keburukan
Subjek seni dan muzik dapat memupuk daya imaginasi, kretiviti, bakat dan apresiasi seseorang pelajar.
Subjek utama yang akan dijalankan peperiksaan diabaikan.
Subjek pendidikan jasmani menekankan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan diri seseorang pelajar.

Berdasarkan kebaikan dan keburukan di atas, pihak sekolah haruslah mementingkan subjek seni, muzik dan pendidikan jasmani. Hal ini kerana, pihak sekolah boleh mencungkil bakat pelajar supaya mereka mempunyai pilihan tambahan bagi mereka yang tidak cemerlang dalam akademik.

7.    Kedudukan pelajar dalam kelas ditentukan oleh guru
Kebaikan
Keburukan
Guru dapat mengawal keadaan dalam kelas dengan senang.
Proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan berjalan dengan efisien.
Berdasarkan kebaikan dan keburukan di atas, guru haruslah menentukan kedudukan pelajar dalam kelas. Dengan ini, keadaan dalam kelas dapat dikawal oleh guru tersebut dan ini akan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

8.    Kedudukan pelajar dalam kelas ditentukan oleh pelajar
Kebaikan
Keburukan
Pelajar dapat belajar dalam suasana yang lebih selesa.
Guru tidak dapat mengawal keadaan dalam kelas.
Berdasarkan kebaikan dan keburukan di atas, pihak sekolah tidak digalakkan untuk memberi pelajat pilih kedudukan sendiri. Hal ini kerana, pelajar akan memilih untuk duduk dengan kawannya dan bersembang. Ini akan melambatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

9.    Kedudukan pelajar disusun secara berpasangan
Kebaikan
Keburukan
Pelajar akan membina keyakinan diri untuk mencari pasangan mereka.
Terdapat terlalu banyak pasangan yang perlu guru memberi tumpuan.
Berdasarkan kebaikan dan keburukan di atas, pelajar digalakkan duduk secara berkumpulan. Kebanyakan sekolah pada hari ini telah menggunakan kaedah ini, kerana guru dapat memberi tumpuan kepada pelajar dengan lebih senang.

10.  Pelajar menggunakan kretiviti sendiri untuk menceriakan kelas
Kebaikan
Keburukan
Nilai perpaduan antara satu sama lain dapat dipupuk.
Keberkesanan pengajaran tidak akan efisien.
Berdasarkan kebaikan dan keburukan di atas, pelajar digalakkan menceriakan kelas dengan kretiviti sendiri. Hal ini kerana, pelajar akan berada dalam persekitaran yang lebih selesa, dan ini akan meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran.

11.  Guru meletakkan maklumat pembelajaran untuk menceriakan kelas
Kebaikan
Keburukan
Pelajar dapat meyerap ilmu ke dalam diri sendiri.
Pelajar akan berasa bosan dan tertekan.
Berdasarkan kebaikan dan keburukan di atas, guru boleh mempamerkan papan keyataan yang terdapat dalam kelas dengan pelbagai maklumat sama ada maklumat pembelajaran atau maklumat lain supaya pelajar tidak berasa bosan.